YAYASAN AL-SULTAN ABDULLAH (YASA) RAIH PERHATIAN TERHADAP KEBAJIKAN SENIMAN VETERAN.
Tuan Haji Fakrul Islam bin Juhali, (Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah -YASA) (dua dari kiri) sudi menyampaikan sumbangan kepada Dharma Harun Al Rashid di kediaman belaiu. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2025 – Seniman veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, menerima sumbangan kebajikan dan bantuan kesihatan komprehensif yang disampaikan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), sebuah yayasan di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Program ini dilaksanakan menerusi inisiatif “Santuni Warisan YASA: Kasih Untuk Pejuang Seni” sebagai tanda kasih dan penghargaan terhadap jasa para seniman serta penggiat seni veteran yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan warisan budaya dan hiburan negar...