PTTI Jayakan Program Jelajah Skor A+ SPM di Sabah, Libatkan Lebih 4,000 Pelajar


Oleh: Norazni Ismail.

Pusat tuisyen terkemuka PTTI berjaya mengumpulkan lebih 4,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang berlangsung di ITCC Penampang pada 16 Ogos lalu. Program motivasi dan pembelajaran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa termasuk Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, usahawan inspirasi Asyraf Khalid, serta artis tempatan MK K-Clique dan Bella Astillah yang memberikan suntikan semangat kepada para pelajar menjelang peperiksaan penting mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Cikgu Fana menegaskan bahawa program ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat memastikan pelajar SPM di seluruh Malaysia mendapat bimbingan terbaik. "Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah membuktikan anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi. Dengan sokongan semua pihak, kami mahu pelajar sedar masa depan mereka cerah jika berusaha bersungguh-sungguh," katanya. Syed Saddiq turut menekankan kepentingan usaha dan disiplin, manakala Bella Astillah yang merupakan anak jati Sabah berkongsi rasa bangganya dapat memberikan motivasi kepada adik-adik di negeri kelahirannya.



Meneruskan misi membantu pelajar nasional, PTTI akan melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini. Program yang terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia ini boleh diakses melalui pendaftaran di laman web rasmi PTTI di www.ptti.my, membolehkan lebih ramai pelajar memanfaatkan bimbingan berkualiti menjelang peperiksaan yang menentukan masa depan mereka.



Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia